Jet rejim Zionis masih berlegar di langit Gaza

 

BANGI – Israel berterusan mencetuskan ketegangan meskipun kemarahan umat Islam khususnya penduduk Palestin terhadap langkah mereka di masjid Al Aqsa sebelum ini masih belum reda.

Terbaharu, rejim itu melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Semenanjung Gaza, lewat malam semalam sehingga menyebabkan tiga rakyat Palestin cedera termasuk seorang darinya parah.

Malah, setakat 7 pagi ini, pesawat peninjau Zionis itu masih berlegar-legar di ruang langit Gaza, yang menjadi kebimbangan kepada penduduk di wilayah itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Cawangan Gaza, Omar Seyam dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya, sebentar tadi.

“Penduduk di Gaza tidak dapat tidur malam ini selepas pengeboman Israel di bandar mereka dan mereka takut terhadap serangan terbaharu rejim itu.

“Kini jam 7 pagi, dan pesawat peninjau Zionis masih terbang di langit Gaza. Semoga hari anda indah,” tulisnya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts