Solat berjemaah boleh dilaksanakan tanpa penjarakan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan solat berjemaah di masjid dan surau dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal, bermula 1 April 2022.

Pelaksanaan SOP tersebut juga boleh diguna pakai bagi upacara sembahyang di rumah ibadat selain agama Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, pelaksanaan SOP tersebut tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk rumah ibadat selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia atau Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Jadi, selepas ini imam boleh mengatakan rapatkan saf kerana kita tidak lagi menetapkan perlu ada penjarakan 1 meter.

“Walaubagaimanapun, oleh kerana dalam Perlembagaan Persekutuan perkara yang berkaitan dengan agama Islam adalah terletak di bawah kuasa Sultan di negeri-negeri, maka walaupun saya menyebutkan tentang tiada penjarakan lagi, itu adalah cadangan daripada Kerajaan Persekutuan, tetapi penentuan akhirnya terletak di tangan kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Jelas Ismail Sabri, kerajaan Persekutuan akan menyerahkan tugas kepada kerajaan negeri sekiranya Majlis Agama Negeri masih menetapkan penjarakan sewaktu menunaikan solat jemaah.–AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts