Jordan kecam pencabulan berterusan Israel ke atas Al Aqsa

 

AMMAN – Jordan mengecam pelanggaran berterusan di Masjid Al Aqsa dengan kejadian terbaharu polis Israel membenarkan ratusan pelampau masuk ke dalam masjid pada awal hari semalam, bagi meraikan perayaan Yahudi.

Dalam satu kenyataan, Jurucakap Kementerian Luar Negeri Jordan, Deifallah Fayez berkata, pencabulan berterusan itu merupakan pelanggaran yang jelas terhadap status quo undang-undang dan sejarah, undang-undang antarabangsa dan komitmen Israel.

Difahamkan tindakan Israel itu berlaku ketika media negara berkenaan mendakwa Menteri Pertahanan, Jeneral Benny Gantz mengadakan pertemuan tanpa pengumuman dengan Raja Jordan pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Jordan belum memberikan komen mengenai isu berkenaan dan media agak senyap, kecuali beberapa platform menerbitkan semula laporan media Israel.

Dalam pada itu, pegawai Jordan menegaskan bahawa Masjid Al Aqsa adalah tempat ibadah ‘untuk orang Islam sahaja.’

Sehubungan itu, beliau menggesa Israel menghentikan pelanggaran dan provokasi yang dilakukan.

Pegawai itu juga mendesak masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab dan memberi tekanan kepada Israel bagi menghentikan pelanggaran berterusan di masjid tersebut. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts