Ka Siong prejudis, antiagama cabar amarah umat Islam

 

BANGI – Presiden parti perkauman, MCA, Wee Ka Siong semakin biadab apabila membuat tuduhan melulu mengenai isu Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengadakan program di universiti dan sekolah, kata Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) Mohd Azizee Hasan.

Terdahulu, Ka Siong mendedahkan surat KPM kepada semua pengarah pelajaran negeri mengenai aktiviti Rakan Siswa Yadim untuk menjalankan aktiviti dakwah di sekolah, politeknik, kolej komuniti, universiti awam dan universiti swasta terpilih.

Presiden parti perkauman itu turut mempersoalkan mengapa penyebaran agama dicampur adukkan di sekolah.

Menyifatkan kenyataan Ka Siong sebagai melampau, Ustaz Azizee menegaskan kenyataan parti Cina itu boleh mengakibatkan ketegangan kaum.

“Ka Siong juga bersikap prejudis, antiagama selain mencabar amarah umat Islam. Kenyataan politik telah meniupkan sentimen keagamaan sempit yang boleh merosakkan harmoni antara kaum.

 

 

“Seharusnya ahli-ahli politik negara berfikir untuk memajukan pendidikan negara supaya setanding di peringkat global, bukannya mencetuskan kenyataan yang mengundang perbalahan kaum,” katanya dalam satu satu kenyataan.

Sehubungan itu, Ustaz Azizee menggesa Ka Siong menerima penjelasan daripada KPM kerana sebarang aktiviti keagamaan tertakhluk kepada syarat dan garis panduan yang ditetapkan, di mana hanya pelajar-pelajar beragama Islam sahaja yang terbabit.

Beliau menegaskan bahawa usaha kerjasama strategik di antara KPM dan Yadim bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman dan jati diri pelajar beragama Islam, yang selari dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1).

“Ini juga selari dengan slogan yang diperkenalkan oleh Yadim iaitu ‘Fastabiqul Khairat’ (Berlumba-lumba melakukan kebaikan),” katanya.

Selain itu, Ustaz Azizee juga berkata, sudah tiba masanya kerajaan memikirkan usaha menubuhkan sekolah satu aliran berbanding mengekalkan pendidikan vernakular.

“Ianya bagi mewujudkan rasa kekitaan dan semangat mencintai negara di peringkat usia sekolah rendah,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts