Kami tak akan biarkan Israel cemar kedaulatan Masjid al-Aqsa: Hamas

 

GAZA – Rakyat Palestin sama sekali tidak akan membenarkan rejim Israel merampas dan mencemarkan kedaulatan masjid al-Aqsa yang merupakan tapak suci umat Islam.

Menegaskan perkara itu, Ketua Biro Politik gerakan Islam Hamas, Ismail Haniyah berkata, tindakan Zionis sangat kejam sejak dahulu hingga sekarang.

“Kami dan seluruh rakyat Palestin tidak akan membiarkan rancangan mereka berjaya. Masjid Al-Aqsa lebih berharga daripada darah dan jiwa kami,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan polis Israel yang menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat diadakan selepas tiga penduduk Palestin dan dua polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di perkarangan masjid itu.

Al Jazeera melaporkan susulan insiden itu, polis Israel mengarahkan orang ramai beredar dari Masjid Al-Aqsa dan menutupnya kepada awam.

Haniyah berkata, beliau sangat menyeru masyarakat Arab dan muslim seluruhnya untuk menggerakkan usaha menyokong masjid Al-Aqsa.

“Kita harap ada usaha dari pihak lain untuk mengambil langkah bagi melemahkan rancangan Israel untuk mendominasi tapak suci tersebut,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts