PUM mahu agenda Islam diperkasakan

 

SHAH ALAM – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mahu agenda berkaitan agama Islam dalam negara diperkasa di samping penjenamaan yang ingin dilaksanakan kerajaan.

Yang Dipertua PUM, Datuk al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir juga mahu semua pihak menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai rujukan perundangan tertinggi negara.

Khususnya beliau berkata, penghormatan berhubung kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Dalam masa yang sama PUM bersetuju supaya pihak kerajaan memperkasakan institusi Islam, para ulama’, para ilmuwan dan cerdik pandai yang boleh berperanan memberikan nasihat yang berguna kepada pemerintah khususnya dan masyarakat awam umumnya yang boleh bertindak sebagai entiti semak imbang kepada kepimpinan negara,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, dalam wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau menjelaskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan dibincangkan semula dengan mengumpulkan sejumlah ilmuwan Islam serta cendekiawan lain untuk membincangkan masa depan jabatan ini.

Beliau berkata, langkah berkenaan diambil bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan seperti sekarang, atau dikembalikan kepada tujuan asal ia ditubuhkan dulu.

Ini kerana menurut Dr Mahathir, Jakim tersasar daripada tujuan asal penubuhannya untuk memberi panduan kepada umat Islam.

Dalam pada itu, PUM mengharapkan barisan kabinet yang mengangkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri di Istana Negara hari ini, dapat menjalankan amanah dengan baik dalam tempoh mandat yang diberikan oleh rakyat untuk kebaikan rakyat Malaysia.

“PUM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas pelantikan penuh ahli kabinet Malaysia di bawah pimpinan Dr Mahathir,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts