home Semasa Doakanlah sekali kesejahteraan Malaysia – Dr Zulkifli

Doakanlah sekali kesejahteraan Malaysia – Dr Zulkifli

 

KUALA LUMPUR: “Doakanlah kesejahteraan Malaysia, seluruh umat Islam, keluarga dan rakan dalam mendepani pandemik COVID-19,” .

Demikian permintaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri buat 263 jemaah haji Malaysia di Arab Saudi menerusi sesi khas yang diadakan secara maya malam tadi.

Beliau berkata, mereka antara 60,000 jemaah haji yang dipilih melaksanakan rukun Islam kelima tahun ini.

Katanya, jumlah bakal jemaah Malaysia yang ada di Arab Saudi pada tahun ini lebih ramai berbanding hanya lapan orang tahun lalu.

“Anda semua tetamu istimewa dipilih Allah SWT dan akan berada di tempat antara mustajab doa di Arafah, justeru doakanlah demi kesejahteraan Malaysia.

“Saya mohon gunalah masa haji nanti untuk memperbanyakkan ibadah, zikir dan doa kepada Allah,” katanya.

Sesi khas bersama kira-kira 200 bakal jemaah haji itu berlangsung selama satu jam dengan pengisian tazkirah dan soal jawab oleh peserta.

Sementara itu, Dr Zulkifli turut mengucapkan tahniah kepada semua bakal jemaah Malaysia terbabit kerana terpilih melaksanakan ibadah itu tahun ini.

Beliau kemudian memimpin doa pada akhir sesi berkenaan dan berharap semua bakal jemaah akan mendapat haji mabrur. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *