RUU 355: Sekretariat Ummat bakal himpun di Parlimen esok

parlimen

 

BANGI – Sekretariat Ummat Menyokong Memperkasakan Akta 355 (Ummat) yang dianggotai lebih 500 badan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengadakan perhimpunan di hadapan Parlimen esok sebagai usaha menggesa ahli Dewan Rakyat menyokong usul berkenaan.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, perhimpunan itu adalah secara aman yang hanya memfokuskan usaha dan kempen terakhir sekretariat itu untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen.

“Kita akan berhimpun esok di hadapan Parlimen bersama-sama dengan anggota sekretariat yang lain pada jam 8 pagi sehingga 9.30 pagi.

 

Aminuddin Yahaya

“Sehubungan itu, kami mengajak semua rakyat yang menyokong supaya Rang Undang-Undang (RUU) 355 ini dilaksanakan untuk bersama-sama hadir ke Parlimen bagi menyatakan hasrat terakhir kita,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan dibentangkan pada minggu ini.

Usul berkenaan dibentangkan Hadi pada 26 Mei lalu melalui peruntukan rang undang-undang persendirian yang perlu dicadangkan oleh menteri untuk dibahaskan sebelum Speaker membuat ketetapan mengenainya.

RUU itu antara lain bagi meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan undang-undang syariah berkaitan hal kesalahan disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
3 comments
  1. heran…undang2 syariah mahu dikuatkuasakan (undang-undang jenayah ), walhal rakyat sepatutnya sudah hidup aman damai, bersatu padu, tiada jurang antara kaya dan miskin, tiada kasta dalam kehidupan seharian ie. raja dgn rakyat, pembesar2 dgn rakyat marhain, tiada berpuak2 dlm masyarakat..tak taulah apa nak kata lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Kerana syurga itu mahal

  1. TERKADANG kita selalu bersenang-senang dan melakukan maksiat lalu mengharapkan syurga yang paling tinggi sedangkan Rasulullah mengingatkan…