Israel mulakan serangan di seluruh Gaza

 

BAITULMAQDIS: Tentera Israel memaklumkan ia sudah memulakan serangan terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza, semalam, beberapa jam selepas pelancaran roket Palestin terkena sebuah rumah di Tel Aviv.

Beberapa saksi Reuters memberitahu mereka terdengar banyak bunyi letupan di Gaza.

“Serangan sasaran pengganas Hamas di seluruh Semenanjung Gaza sudah dimulakan,” menurut kenyataan tentera Zionis.

Satu serangan terkena kedudukan laut Hamas di barat Bandaraya Gaza dan satu lagi terkena kem latihan besar Hamas di utara Gaza, kata beberapa pegawai keselamatan Palestin dan agensi media Hamas.

Kedua-dua kawasan ini mungkin sudah dikosongkan kerana Hamas mempunyai notis serangan Israel sedang dalam perjalanan dalam tempoh beberapa jam.

Beberapa saksi berkata, tiga peluru berpandu terkena sasaran di utara semenanjung itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berjanji bertindak balas dengan teruk terhadap serangan roket, awal semalam, yang mencederakan tujuh warga Israel. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Gunung dan dosa

  Pernahkah kita terbayang dosa kita sebesar dan seberat gunung yang andai menghempap diri pasti akan mati, pernah…