Kebakaran besar di tapak letupan Beirut

 

BEIRUT – Satu kebakaran besar dilaporkan berlaku di tapak letupan pelabuhan di pelabuhan Beirut hari ini.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk Beirut yang masih trauma dengan letupan besar pada 4 Ogos lalu.

Ketua Unit Mencari dan Menyelamat, Michel el-Murr berkata, lokasi yang terbakar itu dipercayai kawasan bebas cukai.

Beliau yang berada di lokasi membantu memadamkan kebakaran berkata, pihaknya memerlukan pasukan bantuan untuk memastikan api dapat dikawal dengan lebih pantas.

“Kami tidak tahu apa yang sedang terbakar. Kami sedang mencuba untuk memadamkannya namun ia terlalu besar,” katanya.

Tambahnya, kebakaran itu tercetus di sebuah gudang yang menyimpan minyak mesin dan tayar. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts