Makanlah di premis ada sijil halal JAKIM – JHEAINS

 

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengesan segelintir umat Islam di Kuala Pilah yang ‘selamba’ menikmati hidangan di premis tidak memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

JHEANS berkata, perkara itu dikesan menerusi operasi membabitkan tujuh pegawai Bahagian Pengurusan Halal JHEAINS dan Jabatan Agama Islam Daerah (JAID) Kuala Pilah, semalam.

Bagaimanapun, JHEAINS menjelaskan pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap premis terbabit kerana pemiliknya tidak memohon atau memegang sijil halal.

Jelas JHEAINS, pihaknya juga hanya boleh menasihati pengunjung beragama Islam supaya mengelak makan dan minum di kedai bukan Islam yang tidak memiliki sijil halal.

“Kami membuat pemantauan dan pemeriksaan selepas menerima aduan daripada orang awam yang mendakwa premis terbabit sering dikunjungi orang Islam walaupun menu yang dijual tiada sijil halal.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit dimiliki orang bukan Islam dan tiada tukang masak beragama Islam atau bahan ramuan digunakan juga tiada sijil halal JAKIM.

“Premis berkenaan bukan pemegang sijil halal, kami tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kerana di luar bidang kuasa.

“Kami juga tidak boleh menghalang orang untuk menjamu selera di premis terbabit, kecuali menasihatkan mereka supaya tidak makan dan minum di kedai tiada sijil halal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JHEAINS berkata, berdasarkan maklumat diperoleh, pihaknya mendapati ramai orang Islam yang mengunjungi premis terbabit untuk menjamu selera.

Kata jabatan itu lagi, ada beberapa lagi premis seumpama itu yang beroperasi di di Kuala Pilah diusahakan bukan Islam, namun ramai orang Islam menjadi pelanggan di premis berkenaan.

“Seharusnya orang Islam memilih premis yang mempunyai pengiktirafan sijil halal JAKIM untuk menjamu selera,” kata jabatan itu. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts