Kedah henti lesen judi, perlu dicontohi negeri lain – Marzuk Shaary

KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan Kedah menghentikan lesen baharu premis judi perlu dicontohi semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri-negeri lain.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary memuji keputusan yang dibuat kerajaan Kedah dan usaha tersebut bakal menyusul di negeri-negeri lain.

“Tindakan yang dibuat kerajaan negeri Kedah adalah yang terbaik dan sepatutnya menjadi contoh kepada negeri lain kerana bidang kuasa untuk menghadkan, menyambung atau tidak lesen untuk premis judi ini adalah hak bidang kuasa PBT.

“Tindakan tersebut dicontohi daripada Kelantan dan Terengganu yang sudah lama tidak ada premis judi seperti itu. Selepas daripada ini saya yakin dan percaya ia akan disambut baik oleh PBT negeri-negeri lain,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2021 di Hotel Sunway Putra hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail dalam majlis yang sama.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan kerajaan Kedah akan mengharamkan semua kedai nombor ekor daripada terus beroperasi dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka.

Keputusan berkenaan diambil hasil perbincangan pada Mesyuarat Khas Exco Kerajaan Negeri minggu lalu.—AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts