Kehancuran Aleppo tak terbayang akal: Wakil UNHCR

 

ALEPPO – Wakil Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), Sajjad Malik memberitahu keadaan di sini adalah lebih teruk daripada apa yang dibayangkan.

Beliau yang kini berada di Aleppo sejak 7 hari lalu berkata, keadaan kerosakan pernah dilihat ketika melawat tempat konflik seperti di Somalia dan Afghanistan, tapi keadaan di Aleppo adalah lebih teruk.

“Melihat keadaan yang sangat teruk itu, seorang warga Syria bertanya saya, bagaimana kami ingin memulakan kehidupan?

“Banyak yang perlu dibuat tapi kami akan terus melakukannya,” katanya sambil menyatakan Aleppo ada harapan untuk pulih.

Sajjad melaporkan kini terdapat 1.5 juta rakyat Syria berada di Aleppo selepas perang dihentikan.

Kira-kira 400,000 telah menerima bantuan seperti tempat perlindungan, makanan, air bersih, ubatan dan pakaian musim sejuk daripada agensi-agensi PBB.

1.1 juta rakyat telah menerima bekalan air bersih untuk diminum dan 7 klinik bergerak telah disediakan dan lebih 20,000 menerima bantuan makanan yang disediakan setiap hari.

Seramai 106 kakitangan PBB ditugaskan menguruskan bantuan di Aleppo.

“2,200 keluarga telah kembali ke Aleppo dan terpaksa tinggal di rumah tanpa tingkap dan pintu.

“Ramai kanak-kanak berumur 4 dan 5 tahun memerlukan pendidikan dan berhajat kepada bantuan dan sokongan moral,” katanya lagi.

Hampir seminggu Aleppo sunyi daripada tembakan senjata setelah gencatan senjata berlangsung.

Tentera regim Syria bagaimanapun melakukan banyak sekatan jalan di bandar Aleppo untuk mengawal keadaan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts