Kenapa asyik menyalahkan islamis, bukan para sekularis?

 

OBJEKTIF asal penubuhan Ikhwanul Muslimin oleh al-Syahid Hassan al-Banna adalah mengembalikan kesedaran ummah kepada kekuatan Islam sebagai agama yg syumul dan tidak tervakum dalam juzuk kerohanian semata-mata. Pemugaran ini penting selepas kejatuhan khilafah Islam di Turki (walaupun penuh kelemahan), seluruh dunia Islam difiraunkan rakyatnya oleh kuasa Barat dan mahachai sertai walaaun dalam kalangan orang Islam sendiri.

Kesedaran mengembalikan citra khayra ummah seperti zaman kegemilangan Islam turut diaturi oleh kelompok Islam yang murni selain Hassan al-Banna seperti gerakan tabligh, tarikat kesufian dan Wahhabiyyah (dari segi misi tajdid) di samping ketulenan ilmu-ilmu Islam oleh para masyayikh al-Azhar. Dalam menghadapi gelombang sekularisme, atarturkisme dan westrenisasi, kewujudan gerakan-gerakan Islam tetap memberikan impak kepada ummah daripada hanyut.

IM dan al-Azhar berjaya melahirkan ramai tokoh pejuang ummah di Malaysia yg akhirnya memunculkan gerakan dakwah seperti Abim, Jim dan parti politik seperti Pas pada peringkat awal.

Al-Azhar mempunyai class dan pengaruh tersendiri. Sejak dahulu, para Syeikhul Azhar sentiasa memusuhi dasar penjajah yang cuba “mencampuri” urusan al-Azhar. Sheikh Abdul Halim Mahmud pernah cuba meletak jawatan sebagai bantahan terhadap cadangan merombak silibus al-Azhar dalam Qanun al-Tatwir penjajah. Dikatakan bahawa haibah Sheikh al-Azhar berakhir dgn Sheikh Ali Jadil Haqq yg berani mengkritik kerajaan. Keadaan berubah selepas Sheikh Muhammad al-Tantawi menaiki jawatan tertinggi atas lantikan Presiden Mesir, bukan sokongan para masyayikh kibar lain.

IM juga seperti al-Azhar. Di luar al-Azhar, IM menentang dasar penjajah yg memisahkan umat Islam daripada “politik” dgn membiarkan mereka sibuk dalam urusan ibadah semata. Ini boleh dilihat dalam syarahan, penulisan dan sikap para pemimpin IM sejak dahulu sampai sekarang. Mereka bukan pentakfir atau pentafsiq orang lain kecuali dilihat sebagai mad’uww dakwah mereka.

 

 

Musuh kepada IM dan Al-Azhar adalah sekularisme dan para mahachainya seperti Raja Faruk, Jamal Abdul Nasir, Anwar Saadat, Mubarak dan terkini al-Sisi. Jika tiada IM dan keberanian para masyayikh terdahulu, jangan harap sinar Islam akan menyerlah di tangan orang seperti mereka tersebut. Jika ada Islam pun, ia hanyalah Islam versi Barat, versi Israel dan versi “politik suku agama suku”.

Justeru amat malanglah apabila ada orang mengangap IM adalah gerakan sesat yang memecahbelahkan umat Islam. Adakah warisan penjajah dan segala produk kufur berwajah Islam yg menguasai negara Islam pasca khilafah Uthmaniyyah itu dianggap citra Islam tulen seperti ajaran para salafussoleh??

Adakah manhaj IM yang mengajak umat kembali kepada kefahaman Islam yang syumul itu sesat?? Kemandulan minda apakah yang menimpa orang yg menganggap demikian?.

Memang benar, output manhaj IM melahirkan kelompok Islamis di negara masing-masing yang menentang golongan sekular yang berkuasa. Mungkin pertentangan memuncak apabila golongan sekular juga mula berjinak dengan Islam dan para ilmuannya serta menunjukkan sumbangan pada agama dgn membina masjid, sekolah, madrasah dan menyokong program-program Islamik, namun akar sekular yang skeptik terhadap pengaruh Islam tetap mengakar dalam diri para sekularis. Pada waktu itu, ramai orang akan terdaya dengan kelunakan sekularis mesra Islam sehingga merasakan kewujudan gerakan Islam seperti IM adalah musuh negara. Mereka yang terpedaya ini sama seperti mangsa “love scam”, setelah tertipu baru tersedar.

Jika begitu, manhaj al-Azhar juga melahirkan para asatizah yang akan memusuhi dasar pemimpin sekular di seluruh dunia termasuk Malaysia, dgn ilmu yang mereka pelajari. Adakah al-Azhar menjadi pusat penghasilan kader anti establishment?. Kita tidak pernah pun beranggapan demikian.

IM dan al-Azhar bukan penyebabnya. Penyebabnya ialah kebanyakan kita terpedaya dengan watak sekularisme dan para sekularis yang menggunakan taktik “love scam”. Dengan menjadi mangsa, kita akhirnya menganggap rakan islamis sendiri sebagai musuh manakala puak sekularis pula dipuja sebagai pembela Islam.

Tidak seperti gerakan Wahhabiyyah ekstrim yg melahirkan ISIS atau Jamaah al-Takfir wal Hijrah, IM sangat berjasa kepada dunia Islam melahirkan tokoh-tokoh ummah yang cintakan agama dan negara mereka daripada tergadai kepada kehendak Amerika dan Israel.

Saya juga “terlahir” daripada didikan manhaj IM dan al-Azhar tetapi mampu berasimilasi dengan realiti sosio politik Malaysia. Saya bukan berfikrah IM dan azhariyy Mesir tetapi cuba menjadi IM dan Azhariyy negara saya.

Jangan sesekali menjadi mahachai sekularis yang berjubah agama kerana ia akan membenamkan ummah dalam lubuk kepalsuan berwajah Islam.

Dr. Hapiz Kodiang

Sumber: https://web.facebook.com/hapiz.kodiang/posts/2495691217122255

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts