Kenapa Dr Zakir Naik amat dekat di hati umat Islam?

 

ADA yang kata Dr Zakir Naik tidak faham keadaan Malaysia.

Ada pula yang kata Dr Zakir Naik diperalatkan oleh PAS-UMNO untuk agenda politik.

Ada pula yang kata Dr Zakir Naik tidak sesuai untuk masyarakat majmuk di Malaysia.

Begitulah Allah ciptakan sifat manusia… Mereka sering mempunyai perbezaan pendapat, suka bertengkar sesama sendiri dan masing-masing menyangka pendapatnya sahaja yang betul.

Dalam satu sesi ceramah, Dr Zakir Naik pernah ditanya tentang sebab beliau memilih menjadi seorang pendakwah dan bukannya seorang doktor perubatan. Beliau menceritakan bahawa ibunya begitu inginkan anak lelakinya menjadi seorang doktor perubatan sebagaimana kebanyakkan ibu bapa lain di India.

Oleh sebab itu, beliau belajar bersungguh-sungguh dan telah berjaya diterima masuk ke sebuah kolej kedoktoran. Namun begitu, semasa dalam proses pengajian, beliau berasa lebih cenderung untuk terjun ke medan dakwah dalam bidang perbandingan agama.

Beliau adalah seorang peminat tegar Ahmad Deedat, seorang pendakwah perbandingan agama dari Afrika Selatan dan sentiasa mengikuti ceramah beliau melalui kaset dan CD. Setelah hatinya telah mantap, beliau terus terbang ke Afrika Selatan untuk berguru dengan Ahmad Deedat secara langsung.

 

 

Keputusannya itu sudah tentu mengecewakan si ibu yang menaruh harapan tinggi kepadanya. Apa agaknya yang dikatakan oleh beliau untuk memujuk si ibu? Beliau berkata lebih kurang begini, “Jika ibu mahu saya menjadi seorang doktor, saya mungkin akan hanya menyembuhkan beberapa orang individu, mungkin ratusan atau ribuan. Tetapi, jika saya menjadi seorang pendakwah, saya dapat menyelamatkan jutaan manusia.”

Ya, dapat menyelamatkan manusia daripada penyakit yang paling bahaya di atas muka bumi iaitu penyakit SYIRIK. Di Benua India, Muslim dan bukan Muslim, kedua-duanya terlibat dengan SYIRIK. Praktis seperti menyembah kuburan para wali (durga) atau objek-objek keramat seperti pokok, batu dan sebagainya masih begitu berleluasa di kalangan Muslim di sana sehingga ke hari ini.

Si ibu terpaksa menerima keputusan tersebut dengan berat hati. Hanya selepas beberapa tahun, setelah melihat berkembangnya dakwah di bumi India, barulah si ibu menyokong seratus peratus perjuangan anaknya dalam bidang dakwah.

Semangat dan keazaman Dr Zakir Naik dalam menyampaikan dakwah kepada Muslim dan bukan Muslim menjadikan beliau pendakwah yang sentiasa dekat di hati umat Islam. Walau bagaimanapun, beliau juga seorang manusia yang tidak maksum dan mungkin sahaja terdedah melakukan kesilapan.

Teguran dan nasihat akan menjadikan beliau pendakwah dan individu yang lebih baik. Disebabkan ucapan beberapa minit yang disalah erti, ADALAH AMAT TIDAK WAJAR UNTUK MENYEKAT DAKWAH BELIAU, MENARIK STATUS PR, MENGHALAU ATAU MENGHANTAR BELIAU PULANG KE INDIA DALAM SITUASI SEKARANG.

Akhir kata, sehingga ke hari ini, isu Palestin sentiasa berjaya menyatukan hati umat Islam yang berlainan pendapat dan sering bertelingkah sesama sendiri. Kini, alangkah baiknya jika isu Dr Zakir Naik juga dapat menyatukan hati umat Islam di Malaysia. Lurus dan rapatkan saf.

Dr. Muhammad Alimin

Sumber: PEACE Islamic Da’wah Centre Of Excellence

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Tulisan Dr muhammad menginsafkan. Sedih yg tak terkata diatas perlakuan kerajaan munafik ketas saudara seagama kita setelah satu demi satu ujian menimpa nabi dihina pun senyap tulisan jawi dipermainkan pun senyap dan entah apa lg lepas ni pun senyap. Kerajaan munafik sudah seperti patung tak bernyawa ikut apa sahaja sekutu mereka cakap senang cerita kuburkan lah cepat cepat. Beringat lah kita semua Allah melihat apa yg kita lakukan sesungguh nya janji Allah adalah benar sebenar benarnya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts