Kepentingan akhlak yang mulia

 

1. Sekiranya kita meneliti hadis-hadis Nabi, kita akan dapati bagaimana Rasulullah sangat menitik-beratkan keperibadian yang mulia. Rasulullah amat sayang kepada orang yang berakhlak mulia.

2. Rasulullah menjelaskan bahawa perkara yang paling banyak yang menyebabkan orang masuk syurga adalah disebabkan kerana akhlak yang mulia. Sabda Rasulullah:

سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الجَنَّةَ، فَقَالَ: تَقْوَى اللهِ وَحُسْنُ الخُلُقِ

Rasulullah ditanya tentang apakah punca yang paling banyak menyebabkan orang masuk ke syurga. Baginda menjawab: Mereka yang bertakwa dan berakhlak mulia (HR al-Tirmizi)

3. Rasulullah membayangkan bahawa hamba yang paling disayangi oleh Allah adalah orang yang berakhlak mulia. Sabda Rasulullah:

فَمَنْ أَحَبُّ عِبَادِ اللَّهِ إِلَى اللَّهِ؟ قَالَ: «أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا»

Rasulullah ditanya tentang siapakah hamba yang paling disayangi oleh Allah. Rasulullah menjawab: Orang yang paling baik akhlaknya. (HR ak-Hakim)

4. Rasulullah menjelaskan bahawa orang yang paling sempura imannya adalah orang yang berakhlak mulia. Sabda Rasulullah:

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

Mukmin yang paling sempurna imannya adalah mukmin yang paling baik akhlaknya. (HR al-Tirmizi)

5. Malah Rasulullah menegaskan bahawa timbangan amalan yang paling berat adalah terletak pada akhlak yang mulia. Sabda Rasulullah:

مَا مِنْ شَيءٍ فِي الِميزانِ أَثْقَلُ مِن حُسْنَ الخُلُقِ

Tiada suatu perkara yang lebih berat timbangan amalannya melainkan dari akhlak yang mulia. (HR al-Tirmizi)

6. Oleh yang demikian, jagalah adab dan akhlak kita setiap masa. Tidak perlu mencarut atau berakhlak buruk dihadapan manusia. Sampaikan mesej dengan adab yang baik. Rasulullah adalah sebaik-baik contoh teladan.

Semoga Allah mebimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts