Kerajaan cadang wujud KAFA peringkat sekolah menengah

KOTA BHARU – Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di peringkat sekolah menengah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, langkah tersebut merupakan salah satu usaha memperkasakan lagi pengetahuan agama dalam kalangan para pelajar sekolah menengah.

“Melalui KAFA, sukatan yang kita gunakan ini berbeza dengan kelas biasa yang mana ia menggunakan sukatan pelajaran yang lebih mendalam.

“Selain itu, kita turut mengamalkan pengajian yang berkonsepkan praktikal,” katanya pada Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sumbangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) serta Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Parlimen Pengkalan Chepa 2022 di sini pada Isnin.

Majlis anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Menurutnya, sukatan yang diguna pakai untuk pengajian peringkat sekolah menengah berbeza dengan rendah supaya ia selari dengan tahap kedewasaan para pelajar sekolah menengah.

Beliau berkata, KAFA di bawah seliaan Jakim itu semakin mendapat pengiktirafan apabila ramai yang sudah mahu mengambil sijil berkenaan.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu berkata, kerajaan melalui Jakim memberikan peruntukan yang besar bagi memastikan kelangsungan pendidikan agama peringkat sekolah rendah berterusan.


“Selain gerak kerja dakwah tumpuan dalam pendidikan turut diberi fokus oleh badan tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata, sebanyak RM100,000 diperuntukan bagi tujuan menaik taraf institusi pendidikan Pasti dan SRITI di kawasan parlimen berkenaan.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts