Kerajaan dalam proses perkasa undang-undang syariah termasuk Akta 355

BANGI – Bagi memperkasakan undang-undang syariah, khususnya di Wilayah Persekutuan, kerajaan telah merangka Pelan Pemerkasaan Undang-undang Syariah bagi tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2020 hingga 2025.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, dalam pelan pemerkasaan ini, kerajaan telah bercadang untuk menggubal 11 undang-undang syariah utama.

Katanya, ia termasuk penggubalan undang-undang baharu dan pindaan undang-undang sedia ada, dan lapan undang-undang syariah subsidiari.

“Penggubalan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) merupakan sebahagian daripada Pelan Pemerkasaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain daripada pindaan kepada Akta 355, Ahmad Marzuk berkata, melalui Pelan Pemerkasaan tersebut juga kerajaan telah dalam proses untuk menggubal beberapa undang-undang syariah baharu.

“Ia termasuk RUU Wakaf, RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, RUU Mufti, RUU Mahkamah Syariah dan lain-lain,” katanya.

Difahamkan, pindaan Akta 355 adalah bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Setakat ini mengikut Akta 355, hukuman yang dikenakan adalah tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts