Baru-baru ini tular beberapa kes penghinaan agama yang mendapat perhatian rakyat. Walaupun ada sebahagian telah diambil tindakan, namun ada pula pihak yang membela suspek yang terlibat.
Kerajaan tidak boleh berkompromi terhadap mana-mana tindakan yang mencabar identiti kedaulatan negara yang berpaksikan agama Islam dan bangsa Melayu serta sistem Raja berperlembagaan.
Mana-mana tindakan yang mencabar identiti kenegaraan ini wajar dikenakan tindakan tegas hingga wajar dilucut kerakyatan kerana ia melanggar rukun negara.
Umat Islam pula tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana tindakan yang mempermainkan dan mempersenda agama kerana ia adalah satu bentuk ‘pemberontakan secara halus’ yang sewajarnya dibanteras bagi menjamin keutuhan negara dan keharmonian masyarakat.
Tindakan sebegini hakikatnya sedang menjentik sensitiviti umat Islam dalam mempertahankan agama mereka, dan seolah-olah satu kerja yang dirancang bagi melihat sejauhmana umat Islam masih berasa ‘ghairah’ terhadap maruah agama mereka, yang dipermainkan di tanah air mereka sendiri.
Wallahua’lam bissawaab.
Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM