Kerajaan jangan tunduk usaha pisahkan Islam dan negara: Isma

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa agar tidak tunduk kepada gerakan yang melobi agar kesucian agama Islam dinoda dengan langkah memisahkan Islam dari tanah air.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), pertubuhan Melayu Islam sederhana, Aminuddin Yahaya berkata, mutakhir ini suara yang menggugat asas binaan negara menjadi semakin berani dan lantang, lebih-lebih lagi sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

“Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai jenis ancaman yang telah berlaku di negara tercinta ini, yang menggugat status negara ini.

“Kami lihat pakatan antara orang Islam dengan bukan Islam dalam PH didominasi oleh pihak yang antikonsep negara Islam,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen ‘Malaysia Negara Islam’ di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, umat Islam harus cakna dan segera mengambil langkah ofensif bagi mengekang gerakan ini daripada berleluasa dan bertapak.

“Usaha mereka yang semakin agresif mesti dipatahkan oleh usaha bersepadu umat Islam, ke arah mengekalkan dan mengukuhkan falsafah dan konsep negara Islam Malaysia.

Justeru, katanya, Isma menggesa pihak kerajaan agar tidak sesekali tunduk kepada tuntutan pihak tertentu, yang sengaja ingin mengubah landskap sosio politik tanah air.

“Ikatan Muslimin Malaysia, dengan sokongan sahabat-sahabat seIslam, seiringan dengan kewujudan kempen ‘Malaysia Negara Islam’, ingin menuntut kerajaan agar tidak tunduk kepada gesaan pihak-pihak liberal, yang ingin mengubah Perlembagaan Negara atau merosakkan budaya murni yang sedia wujud dalam masyarakat,” katanya.

Katanya, solidariti ummah amat penting memandangkan ancaman yang diterima sangat getir, dan memerlukan agar ummah bersatu padu.

“Kami juga menuntut umat Islam, baik dari kalangan ahli politik, aktivis badan bukan kerajaan, tokoh masyarakat, agar mempunyai kesatuan hati dan tindakan, ke arah mengukuhkan keislaman negara,” katanya.

Pada masa sama, Aminuddin menggesa bukan Islam menghormati Perlembagaan, serta tidak tunduk kepada tuntutan kuasa luar yang ingin mensabotaj kedaulatan negara. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts