Two state solution bukan solusi sebenar konflik Palestin-Israel

KUALA LUMPUR — Kerajaan perlu memperbetulkan polisi yang menyokong Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkenaan two state solution (solusi dua negara) Palestin-Israel.

Pengarah Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni berkata penyelesaian itu tidak memberi apa-apa makna kerana kesudahannya adalah tetap membahagikan tanah Palestin kepada dua.

Perkara itu ditekankan kerana solusi terbabit sebenarnya satu pemahaman menyimpang dari semangat pembebasan rakyat Palestin yang sebenar. 

“Di antara perkara yang paling kerajaan perlu betulkan adalah polisi kerajaan untuk menyokong polisi OIC berkenaan penyelesaian isu Palestin kepada two state solution, ini merupakan dasar yang masih dipegang oleh kerajaan.

“Selagi dipegang dasar itu, walaupun dikutuk Netanyahu apa semua, penyelesaian akan pergi ke situ, jadi walaupun mungkin kerajaan melaungkan pembebasan Palestin, tapi (apakah) maksud pembebasan Palestin selagi dasar kerajaan tidak berubah, dia akan pergi kepada pemecahan bumi Palestin kepada dua juga!, iaitu satu Israel dan satu lagi Palestin,” katanya dalam sidang media Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin di Anjung Melayu di ibu negara, semalam.

Beliau berkata penyelesaian dikehendaki Palestin adalah pembebasan total penjajah ke atas tanah air mereka.

Jadi ia (two state solution) tidak akan menyelesaikan masalah, sebab itu kita disini mendesak kerajaan sendiri mengubah polisi ini dan mengubah dasarnya untuk melihat, penyelesaian kepada isu Palestin adalah penyelesaian yang bersifat pembebasan daripada penjajahan,” katanya.

GSPP yang dahulunya disertai 13 NGO kini bergerak bersama lebih 47 NGO dengan objektif membawa naratif seragam dalam memperjuangkan pembebasan mutlak warga Palestin dari penjajahan rejim haram Israel. — The Merdeka Times

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts