Ayam import dipastikan status halal

Bera: Masyarakat Islam tidak perlu bimbang dengan status halal ayam yang dimport kerana produk berkenaan sudah disemak dan diteliti oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang mengesahkan semua loji memproses sah dan diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menstabilkan harga ayam yang meningkat secara mendadak, kerajaan mengambil langkah mengimport ayam dari China dan Thailand.

“Namun kita kesal apabila ada pihak yang membuat ‘cerita tidak betul tanpa usul periksa’ mengenai status halal ayam berkenaan.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam pemberian status halal dan ayam diimport itu telah mendapat kelulusan badan agama terbabit dan ia tidak perlu diragui.

“Sebelum kelulusan halal diberikan, Jakim akan pergi ke tempat itu untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu. Selepas dipastikan halal, barulah cop (logo) halal dikeluarkan…halal ini bukan hanya dari sudut sembelihan, namun banyak aspek lain dinilai termasuk kebersihan,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Pekebun Kecil Daerah Bera di Kampung Batu Papan di sini, semalam

Katanya, untuk proses halal, ia turut membabitkan aspek pengangkutan iaitu tidak boleh bercampur dengan barang yang tidak halal bagi memastikan tahap halal dijaga.

Berkongsi pengalamannya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Ismail Sabri berkata, beliau pernah mencadangkan supaya import daging dari sebuah negara Islam bagi membantu negara yang dikategorikan sebagai miskin itu, namun cadangan itu akhirnya dibatalkan selepas semakan Jakim mendapati aspek kebersihan tidak dipatuhi walaupun sembelihan ternakan menepati rukun dan syarat dalam Islam.

Dalam pada itu katanya, kerajaan melaksanakan pelbagai usaha termasuk Program Jualan Keluarga Malaysia di semua 222 kawasan Parlimen bagi menyediakan barangan keperluan asas pada harga murah bagi membantu rakyat yang berdepan dengan kenaikan harga barang.

Katanya, selain itu kerajaan juga memberi subsidi kepada pekebun dan penternak untuk memastikan harga barangan segar dapat dikawal walaupun berlaku kenaikan harga baja, racun dan makanan ternakan haiwan termasuk ayam. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts