Kerajaan kaji tubuh jawatankuasa perkasa Mahkamah Syariah

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah bagi memartabatkan institusi kehakiman syariah negara secara holistik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata jawatankuasa itu pernah diwujudkan pada 2017, namun dihentikan susulan pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Selain itu, penyeragaman pentadbiran juga dilakukan melalui Pembinaan Arahan Amalan Mahkamah Syariah, Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah dan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diguna pakai di seluruh mahkamah syariah,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) mengenai sama ada kerajaan berhasrat menubuhkan jawatankuasa bagi menstrukturkan semula pentadbiran dan prosedur yang diguna pakai mahkamah syariah bagi menaik taraf perkhidmatan serta integriti institusi itu.

Zulkifli berkata sebarang usaha untuk menstrukturkan semula pentadbiran dan prosedur yang diguna pakai mahkamah syariah di seluruh negara perlu mendapat perkenan Raja dan Sultan selaku ketua agama negeri serta Yang di-Pertuan Agong bagi negeri yang tidak beraja, dan pihak berkuasa agama kerajaan negeri yang berautoriti. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts