Kerajaan tolak cadangan hapus mahkamah syariah

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba menuntut untuk menghapuskan mahkamah syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, pendirian tersebut adalah jelas dan kerajaan pada hari ini sentiasa mahu memperkasakan mahkamah syariah mengikut pendekatan yang sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya ingin menegaskan di sini bagi pihak kerajaan, kita tidak boleh menerima dan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang menuntut supaya mahkamah syariah dihapuskan.

“Itu amat jelas dan terang dan apa yang kita buat ini adalah untuk memperkasakan mahkamah syariah dengan pendekatan yang sesuai mengikut perlembagaan yang sedia ada,” katanya dalam sesi menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 di Dewan Rakyat semalam.

 

 

Beliau menjawab soalan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang ingin mengetahui pendirian tentang kewujudan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak bersetuju dengan kewujudan mahkamah syariah serta bercadang mahu menghapuskan kuasa undang-undang syariah.

Sementara itu, dalam perbahasan yang sama, Mujahid berkata, kerajaan mengambil maklum mengenai cadangan untuk mewujudkan sebuah Majlis Peguam Syarie Malaysia dan mewujudkan jawatan Peguam Syarie Negara.

“Memandangkan cadangan ini melibatkan persoalan dan implikasi undang-undang dan di luar skop Rang Undang-Undang ini, sewajarnya suatu kajian terperinci di buat termasuk rundingan dengan semua pemegang taruhan yang berkenaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri-negeri,” katanya. – Utusan Online

——

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

▪️ telegram.me/indahnyaislam
▪️ instagram.com/indahnya.islam
▪️ twitter.com/IndahnyaIslam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts