Tangani segera peminggiran pendidikan Islam

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad yang telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baharu menggantikan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Tanggungjawab sebagai menteri yang menguruskan hal ehwal agama Islam dalam suasana pandemik Covid-19 dan kegawatan politik negara pastinya memberikan suatu cabaran besar.

Isu-isu agama yang mendasari majoriti rakyat Malaysia beragama Islam perlu ditangani dengan sebaiknya, manakala hak bagi rakyat bukan Islam perlu diberikan sesuai dengan peruntukan Perlembagaan sedia ada.

Dari aspek politik, pelantikan Idris yang merupakan muka baharu dalam Kabinet mampu membawa imej bersih dan mewujudkan paradigma baharu dalam pentadbiran kerajaan berkaitan hal ehwal agama Islam.

Selain itu, pemantapan sistem pendidikan Islam perlu dibuat. Segala mekanisme pengajaran dan pembelajaran kurikulum pendidikan seperti kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA), pendidikan sekolah menengah agama rakyat dan negeri, pendidikan tahfiz serta pondok perlu dinilai kembali kesesuaiannya mengikut norma baharu pembelajaran masa kini.

Penyelesaian segera ini dilihat amat perlu kerana di musim pendemik, aspek pendidikan Islam seolah-olah dipinggirkan.

Ini kerana tumpuan diberikan sepenuhnya kepada sistem pendidikan kebangsaan negara yang dianggap lebih penting dan menjamin masa hadapan. – Utusan Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts