home Semasa Dosa mengganggu ibadah Ramadan

Dosa mengganggu ibadah Ramadan

 

1. SAIDINA Umar melihat Ramadan sebagai bulan penyuci dosa. Ketika datangnya Ramadan beliau dikatakan mengucapkan:

مرحبا بمطهرنا من الذنوب

“Selamat datang (Ramadan) yang (bakal) menyucikan jiwa-jiwa kami dari segala dosa.” (Ibn al-Jauzi, Bustan al-Wa’izin)

2. Oleh itu sempena kedatangan bulan ini, kita hendaklah meninggalkan segala dosa yang barangkali biasa kita lakukannya. Jadikan Ramadan sebagai madrasah membersihkan jiwa.

3. Tinggalkan perbuatan dosa kerana dosa akan mengganggu perjalanan ibadah manusia. Seorang lelaki pernah mengadu kepada al-Hasan al-Basri bahawa dia sukar untuk bangun malam sekalipun dia amat menyukai qiamullail. Kata lelaki tersebut:

إنّي أُحِبّ قِيَام اللّيْل وَأعدّ طهُوْرِيْ فَمَا بَالي لاَ أَقُوْم

Sesungguhnya aku suka Qiamullail dan aku telah mempersiapkan wudu, tetapi mengapa aku masih tidak dapat bangun malam?

Lalu al-Hasan al-Basri menjawab:

ذُنُوبَكَ قَيّدَتكَ

“Kerana dosa-dosamu telah mengikat dirimu!” (al-Imam al-Ghazali, Ihya Ulumuddin).

4. Semoga Allah menjadikan Ramadan kita pada tahun ini peluang untuk kita kembali kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *