Arab saudi sedia terima 70,000 jemaah umrah sehari

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah meningkatkan jumlah jemaah umrah kepada 70,000 orang setiap hari.

Menerusi ciapan di Twitter Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, jemaah umrah boleh mendaftar untuk permit di aplikasi Tawakkalna.

Penolong Ketua Pengarah Hal Ehwal Masjidil Haram Dr Saad Muhammad Al-Muhaimidi berkata, pihaknya bersedia menerima jemaah dengan menyediakan perkhidmatan terbaik bagi memudahkan segala urusan jemaah daripada dalam dan luar Arab Saudi.

Sebelum ini, kementerian tersebut telah merancang jumlah jemaah umrah akan ditingkatkan sehingga 120,000 jemaah sehari.

Ia berikutan jangkaan penerimaan lebih ramai jemaah umrah dari seluruh dunia selepas ibadah tersebut dihentikan tahun lalu akibat pandemik COVID-19.

Segala operasi dan persiapan menyambut kedatangan jemaah mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta semua langkah pencegahan ditetapkan kerajaan Arab Saudi bagi memudahkan urusan jemaah sewaktu melaksanakan ibadah umrah.—AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts