MB Negeri Sembilan ajak iktikaf di masjid kejar Lailatul Qadar

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyeru masyarakat Islam untuk mengejar malam Lailatul Qadar dengan beriktikaf dan melakukan qiamullail di masjid.

Malah bagi memberi galakan kepada semua untuk memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan, beliau sendiri turun beriktikaf di masjid-masjid menerusi program Qiamullail Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah pun bermula pada Selasa.

“Sepanjang 10 malam terakhir ini, saya akan turun ke beberapa masjid di seluruh Negeri Sembilan untuk melakukan qiamullail bersama-sama dengan jemaah lain.

“Saya bermula di Masjid Kariah Panchor Jaya dan akan berakhir di Masjid Negeri. Kita turut menjemput imam khas untuk memimpin qiamullail dan alhamdulillah saya tengok ramai jemaah yang turun, ” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang di sini pada Rabu.

Menurutnya, peluang itu hanya datang setahun sekali dan ia perlu direbut semua.

“Sememangnya qiamullail boleh saja dilakukan di rumah, tetapi tujuannya mahu menarik masyarakat menghidupkan masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.

“Lagi pun perasaan iktikaf di masjid secara beramai-ramai itu lebih seronok dan semoga kita semua dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar,” katanya.

Sementara itu pada Khamis, beliau akan ke Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng di Ampangan dan seterusnya di Masjid Kariah Tuanku Muda Chik Ampang Tinggi, Kuala Pilah. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts