Kerajaan kerjasama dengan NGO pastikan sumbangan sampai ke Palestin

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dalam perkara berhubung penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin bagi memastikan sumbangan derma yang terkumpul sampai kepada saluran yang betul, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata NGO tempatan memainkan peranan utama dalam memastikan sumbangan dan dana rakyat Palestin dapat disalurkan dengan sebaik mungkin.

“Kita akan aturkan sebaik mungkin berdasarkan kapasiti dan kemampuan yang ada pada kita.. Insya-Allah kita akan adakan gerak kerja bagaimana untuk meningkatkan bantuan kepada penduduk Palestin, khususnya mereka yang telah kehilangan tempat tinggal, memerlukan rawatan dan ubat-ubatan.

“Kita akan panggil mereka (NGO) untuk berbincang dan menjadi rakan strategik dalam hal ini untuk memastikan bantuan yang diberikan benar-benar telus dan sampai,” katanya kepada pemberita selepas mengimamkan solat hajat khusus bagi memohon keselamatan rakyat Palestin daripada rejim Israel di Masjid Jamek Ibnu Khaldun di sini.

Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan masjid dan surau serta rakyat di negara ini mengadakan solat hajat dan doa selamat selepas Solat Maghrib, bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin daripada niat jahat rejim Israel.

Sejurus selepas solat hajat khusus itu, Zulkifli turut memberi tazkirah khas berkaitan isu semasa Palestin bagi memberi kesedaran orang ramai mengenai kepentingan Baitulmaqdis kepada Islam. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts