Kerajaan komited bantu mualaf tingkatkan amalan ajaran Islam sepenuhnya

BANGI: Kerajaan komited memastikan semua mualaf di negara ini mampu mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya sekali gus menjadi mukalaf terbaik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim

Mukalaf pula bermaksud orang Islam atau yang telah kembali kepada Islam, yang berakal sihat, telah baligh dan dipertanggungjawabkan dengan kewajipan untuk menjalankan tuntutan agama Islam serta menjauhi segala larangannya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga sentiasa cakna terhadap perkembangan serta kemajuan mualaf dari semasa ke semasa dan mengiktiraf pencapaian yang diperoleh.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, usaha itu diterjemah menerusi penganjuran aktiviti bermanfaat serta dapat memberi impak terbaik kepada mualaf dan negara.

“Usaha ini akan dilaksana menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam negeri (JAIN) dan Majlis Agama Islam negeri (MAIN).

“Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan hari ini, adalah antara inisiatif dapat dizahirkan di mana mualaf diberi ruang berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta pencapaian terbaik mereka diiktiraf melalui penganugerahan berdasarkan beberapa kriteria,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan 2023.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts