Apakah maksud Ramadan?

 

1. DARI segi bahasa, perkataan Ramadan diambil dari kata akar (رمض) yang membawa maksud panas yang sedang semakin hangat. Kata al-Imam al-Qurtubi:

هو مأخوذ من رمض الصائم يرمض إذا حر جوفه من شدة العطش

“(Perkataan Ramadan) diambil dari perkataan (ramada iaitu) semakin panas orang yang berpuasa itu iaitu hangat organ perutnya kerana terlalu haus.” (Tafsir al-Qurtubi)

2. Dalam hadis Nabi, Rasulullah turut menggunakan perkataan “ramada” yang membawa maksud panas. Sabda Rasulullah:

صَلَاةُ الأوَّابِينَ إذَا رَمِضَتِ الفِصَالُ

“Solat Duha itu ketika waktu anak-anak unta naik panas” (HR Muslim)

3. Memberikan penjelasan lanjut mengenai maksud Ramadan ini, al-Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa seakan kepanasan ini meleburkan dosa melalui amalan soleh manusia. Kata beliau:

إنّمَا سُمّيَ رَمَضَان لِأنّهُ يرمض الذّنُوْب أي يَحْرُقَهَا بِالأَعْمَال الصَّالِحَة

“Dinamakan Ramadan kerana ia seakan membakar dosa melalui amal-amal soleh.” (Tafsir al-Qurtubi)

4. Semoga Ramadan ini menjadi bulan untuk kita melipatkali-gandakan amalan kita sekaligus meleburkan dosa-dosa kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts