Kerajaan perlu teguh, konsisten hapus premis kemungkaran: PEMBELA

 

BANGI – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berharap kerajaan teguh dan konsisten menghapuskan segala kegiatan premis mungkar di negara ini.

Menyuarakan keinginan itu, Naib Pengerusi PEMBELA, Ustaz Masridzi Sat menegaskan, pendiri-pendiri kemungkaran kuat atas sikap pihak berkuasa sendiri yang sanggup menjadi pengkhianat dengan terus memberi lesen dan sokongan kepada mereka.

“Jangan satu menteri bagi ubat, satu menteri bagi racun. Negara perlu dibersihkan dari sebarang kegiatan maksiat dan mungkar agar bala wabak COVID-19 ini diangkat oleh Allah SWT.

“Bekerjalah kerana iman dan takwa kepada Allah SWT. Jangan masa lafaz dalam sumpah ketika dilantik jawatan bunyi lain, bila buat tindakan lain pula jadinya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook itu dipercayai mengulas mengenai isu operasi kilang minuman keras yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan semua kilang minuman keras di seluruh negara diarah tutup serta-merta sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh fasa pertama.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas,” katanya.

Meskipun begitu, Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) beranggapan tidak sepatutnya wujud diskriminasi oleh pihak berwajib ketika memutuskan sektor mana yang perlu dibenar beroperasi sepanjang penutupan penuh.

Pengarah Eksekutif MICCI, Shaun Cheah berkata, meski dewan itu membenarkan pengambilan minuman beralkohol dan gula tinggi secara bertanggungjawab, tidak sepatutnya wujud “diskriminasi dari segi definisi mahupun sentimen”. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts