Malaysia sebagai negara Islam, aman jadi pilihan pelajar asing

 

SHAH ALAM – Naib Presiden 1 Persatuan Kolej Universiti Swasta Malaysia (MAPCU), Abu Bakar Jalaluddin menyifatkan Malaysia sebagai negara Islam yang kondusif sehingga menjadi pilihan pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran di negara ini.

Menurutnya, biarpun ada sesetengah pelajar asing bukanlah beragama Islam, namun mereka merasakan Malaysia punyai persekitaran yang boleh diterima kerana aman dan selesa.

“Pelajar antarabangsa ini tertumpu pada Malaysia atas sebab tertentu termasuk melihat negara ini sebuah negara Islam, kondusif dan persekitaran yang boleh diterima.

 

 

“Walaupun mereka ini kebanyakannya bukan Islam tetapi mereka merasa aman dan selesa untuk melanjutkan pelajaran di negara ini.

“Sebab kedua adalah kerana ekonomi Malaysia masih ditahap baik berbanding negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri Ke-123 bertajuk Pelajar Asing: Kenapa Banyak Masalah? di Dewan Karangkraf di sini semalam – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts