Kerjasama Pusat dan Kelantan bagi kemajuan Islam

 

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan Kerajaan Kelantan terutama dari sudut agama, pendidikan dan kefahaman Islam untuk kemajuan agama Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, kerjasama itu antara lain adalah untuk memperkasakan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), takmir dan pondok, serta pondok dan sekolah agama di seluruh negara berasaskan peruntukan tertentu dan kemampuan yang ada.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Santuni Komuniti Masyarakat Sejahtera peringkat negeri di Masjid As Salam di sini, hari ini yang disempurnakan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, Tengku Mohamad Rizam yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mahu semua imam masjid, guru KAFA dan takmir mengimarahkan masjid di negeri ini dengan pelbagai aktiviti termasuk pengajian agama.

Pada majlis itu, Tengku Mohamad Rizam menerima replika cek bernilai RM15 juta daripada kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membayar elaun dan sumbangan kepada imam, elaun guru takmir dan bayaran khas one-off di negeri ini. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts