Kesan sujud pada wajah

  1. Dalam al-Quran, Allah menggambarkan tentang salah satu sifat orang yang beriman adalah terdapat kesan sujud pada wajah mereka. Kesan sujud ini bukanlah tanda fizikal yang terdapat pada dahi seseorang, tetapi lebih kepada rupa elok yang sedap mata melihat.
  2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam ibn Kathir merekodkan pandangan beberapa sarjana silam berhubung apa yang dimaksudkan tentang kesan sujud di wajah orang yang beriman. Antaranya:

(a) Rupa yang elok (sejuk dan tenang mata memandang). Pandangan ini diutarakan oleh Saidina Abdullah bin Abbas. Ia turut diungkapkan oleh al-Suddi:

الصلاة تحسن وجوههم

“Solat itu memperelokkan wajah (orang beriman).”

(b) Bersifat khusyuk dan tawaduk. Pandangan ini dinyatakan oleh al-Imam Muhajid ibn Jabr, salah seorang tabi’i yang terkenal dalam bidang tafsir yang juga anak murid kepada Saidina Abdullah bin Abbas. Iaitu orang beriman itu zahirnya kelihatan tawaduk dan khusyuk.

(c) Sinar wajah di hari kiamat. Pandangan ini direkodkan oleh al-Imam al-Tabari yang menukilkan pendapat al-Hasan yang menyatakan:

بياضا في وجوههم يوم القيامة

“Sinar puthi pada wajah orang beriman di hari akhirat kelak.”

  1. al-Imam Ibn Kathir turut menitipkan pesanan buat kita agar sentiasa menjaga amalan peribadi kita (solat malam, zikir dan selawat) kerana amalan peribadi yang dilakukan secara rahsia, memberikan kesan kepada zahir. Kata Saidina Umar:

من أصلح سريرته أصلح الله علانيته

“Barangsiapa yang memperelokkan amalan soleh mereka secara rahsia, maka Allah akan memperelok urusan zahir (urusan dunia dan penampilan) mereka. (Tafsir Ibn Kathir)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts