Khatib seru pilih pemimpin bawa kebaikan pada agama

MELAKA: Khutbah Jumaat di seluruh Melaka semalam menuntut umat Islam yang bakal menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok untuk memilih pemimpin yang membawa kebaikan kepada agama.

Imam Dua Masjid Al-Khairiah, Mahmud Bukhari yang membacakan khutbah itu, berkata pemimpin yang dipilih esok juga perlulah membawa kebaikan kepada masyarakat, negara dan umat Islam secara keseluruhannya.

Selain itu, katanya, pengundi perlu memastikan pemimpin yang dipilih bukanlah dalam kalangan mereka yang menjadikan Islam sebagai bahan ejekan dan permainan.

“Pilihlah dalam kalangan kita, pemimpin yang berusaha menjadikan Islam sebagai cara hidup supaya mereka yang mengikutnya terselamat daripada azab Allah SWT di akhirat kelak.

“Ketahuilah, memilih pemimpin adalah satu penyaksian yang kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT di hari akhirat,” katanya ketika membacakan khutbah Jumaat yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) semalam.

Khutbah itu turut menggariskan, ciri pemimpin yang perlu diangkat dalam Islam, antara baik dan beriman, tidak memusuhi Allah dan kaum Muslimin serta tidak menjadikan Islam sebagai bahan ejekan dan permainan.

“Ketiga, pemimpin yang berusaha menegakkan kebenaran, berintegriti dan berlaku adil kepada semua kelompok masyarakat.

“Keempat memiliki ilmu pengetahuan luas dan mempunyai kemampuan fizikal atau tubuh badan yang sihat dan kelima disukai masyarakat, mencintai dan dicintai masyarakat, mendoakan dan didoakan oleh orang yang dipimpinnya,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khairiah di Telok Mas, semalam. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts