Sultan Brunei ibarat keseorangan tegakkan syiar Islam

 

KUALA LUMPUR – Seorang pembaca Utusan Online berkongsi pandangannya mengenai Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dilihat seperti keseorangan, tiada pembela atau sokongan dalam isu yang menegakkan syiar Islam.

Pandangan itu telah dilontarkan oleh Abdul Muati Ahmad dan berikut merupakan kenyataan penuhnya berhubung perkara itu:

“Sultan Brunei nampaknya keseorangan diserang dari segenap sudut apabila baginda mengisytiharkan hukum syariah kepada penzina, perogol dan puak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Artis-artis seperti George Clooney dan rakan-rakan sealirannya telah melancarkan kempen memboikot hotel-hotel milik Brunei di negara penyokong pengganas tegar Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Institusi-institusi pengajian tinggi yang sepatutnya lebih cerdik juga telah mula menarik balik gelaran-gelaran kehormat yang dianugerahkan kepada baginda Sultan Brunei. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga ikut menekan baginda Sultan kononnya atas dasar hak asasi manusia.

 

 

Anehnya PBB hanya berdiam diri apabila entiti haram pengganas Israel mengebom tanpa henti umat Palestin. Jelaslah bagi PBB hak asasi manusia bermaksud hak untuk melakukan hubungan seks tanpa nikah dan hubungan sejenis. Hak rakyat Palestin untuk hidup aman bukanlah hak asasi mengikut kanun PBB.

Kotornya darah puak LGBT ini hinggakan mereka tidak dibenarkan menderma darah pun. Kenapa Setiausaha Agung PBB tidak memperjuangkan hak asasi puak gay dan biseksual ini utk menderma darah? Bolehlah darah yang mereka dermakan digunakan untuk pemindahan ke dalam badan pengurusan PBB.

Dan yang anehnya, dalam baginda Sultan Brunei dihimpit dan diasak kiri, kanan, depan, belakang, tiada negara umat Islam menyuarakan sokongan. Masing-masing menyorokkan kepala seperti kura-kura. Negara besar Indonesia dengan bilangan umat Islam paling ramai di dunia diam membisu.

Negara yang selalu menyebut dirinya sebagai Islam contoh Malaysia juga diam membisu. Negara-negara Arab di bawah Pertubuhan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) lagilah tak boleh diharap.

Peliknya tiada kenyataan balas daripada negara-negara Islam umpamanya untuk boikot filem-filem Clooney dan rakan-rakan sealirannya. Rasanya kalau tak tengok filem mereka pun kita tak akan mati.

Brunei Darussalam, negara kerdil di mata manusia namun gagah perkasa di mata Islam. Berkatilah dan megahlah berdiri dikelilingi persaudaraan Islam yang sudah mati. – Utusan Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
3 comments
  1. Usaha murni tuanku hanya Allah sahaja yang menilai. Allah akan sentiasa disisi dan merahmati tuanku. Suara tuanku untuk mengimbangi kebejatan dunia. Tak semestinya yg ramai penyokong akan menang.Daulat tuanku

  2. Semoga ALLAH menurunkan bantuan dari sudut yg x di sangka dan x di jangka utk Tuaku Sultan Brunei dan semua penyokong dalam menegakkan ISLAM, ‘THE RELIGION OF PEACE’, Agama ALLAH Ya’ ALIIM, Ya QUDDUUS, Ya JALIIL…
    Amiin… Aamiin… Ya MUJIIB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts