Khidmat percuma lupus al-Quran rosak akibat banjir

CHERAS – Masjid Al-Amin Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras menawarkan khidmat percuma kepada masjid dan surau sekitar Hulu langat untuk melupuskan al-Quran yang rosak akibat ditenggelami air dalam bencana banjir pada Sabtu.

Briged Tengah PGA dalam satu kenyataan berkata, dianggarkan 500 naskah al-Quran yang ditenggelami air lumpur dari Masjid Al Ehsan Sungai Serai Hulu Langat telah dibawa ke Masjid Al-Amin PGA Cheras untuk proses pelupusan pada Rabu.

“Pelupusan ini dilakukan dengan menggunakan mesin relau yang akan membakar bahan-bahan tersebut sehingga menjadi abu kemudian abu tersebut kita akan campurkan dengan air dan akan disalurkan ke sungai,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Masjid Al-Amin Briged Tengah PGA Cheras merupakan sebuah masjid yang dikawal selia oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Selain untuk menunaikan ibadah, Masjid Al-Amin PGA Cheras telah mengambil inisiatif untuk membantu menyelesaikan kemaslahatan ummah dengan mewujudkan tempat pelupusan al-Quran, kitab-kitab dan bahan-bahan hiasan kayu yang berkaitan dengan ayat-ayat al-Quran yang mula beroperasi sejak Mac lalu,” kata kenyataan itu. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts