Rejim Israel terus bertindak biadab musnah pertanian Palestin

 

GAZA – Rejim pengganas Israel sekali lagi bertindak biadab apabila memusnahkan empat kawasan pertanian milik penduduk Palestin di Timur Laut Tebing Barat yang diduduki.

Pusat Maklumat Palestin pada Isnin melaporkan bahawa serangan itu dilakukan di Kampung Jiftlik di Lembah Jordan.

Pada masa sama, rejim Zionis turut memusnahkan telaga, gudang dan kolam di kawasan sama.

Ahad lalu, mahkamah Israel menolak sebuah petisyen berkaitan pencerobohan rejim Zionis, yang telah dikemukakan oleh pemilik tanah warga Palestin, Murad Jaber.

Penduduk Palestin tidak diberi masa mencukupi bagi mengemukakan petisyen menuntut hak sepatutnya, bahkan dipaksa untuk melepaskan dan mengosongkan tanah milik mereka.

Beberapa minggu ini, Israel berusaha keras merampas tanah di Lembah Jordan sebagai salah satu rancangan jahat bagi menakhluki Tebing Barat sepenuhnya.

 

 

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Palestin mengutuk rancangan rejim Zionis untuk merampas tanah Palestin di kawasan Masjid Ibrahimi di bandar al-Khalil, Tebing Barat.

Dalam satu kenyataan semalam, kementerian itu berkata, Palestin memutuskan untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Lebih dari 600,000 penduduk haram tinggal di lebih daripada 230 penempatan yang dibina sejak penjajahan Israel pada 1967, di Tebing Barat dan Baitulmaqdis al-Quds.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengutuk kegiatan haram itu dalam beberapa resolusi, namun Israel tetap tidak mengendahkan perkara berkenaan apabila berterusan menindas penduduk Palestin. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

⚡️Salurkan sumbangan untuk Palestin ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Billplz: billplz.com/aptemerloh

📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp:
019-3357019 (Ustaz Nu’man)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts