Isu Baitulmaqdis: Lebih 80,000 bantah Trump di Jakarta

 

JAKARTA – Lebih 80,000 penduduk Indonesia mengadakan demonstrasi di Jakarta, bagi memprotes keputusan Presiden Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Bantahan itu dianjurkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan disokong oleh kerajaan serta pertubuhan Islam.

Para penunjuk perasaan dilaporkan berhimpun di Monumen Nasional dan di luar Kedutaan Amerika di Jakarta.

Demonstrasi ini adalah yang keempat diadakan, selepas Donald Trump mengumumkan Baitulmqdis milik Zionis.

Menteri Ehwal Agama Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin dan Gabenor Jakarta adalah antara pemimpin yang hadir ketika demonstrasi tersebut.

 

 

Salah seorang penunjuk perasaan, Hendrik Nurdiansyah berkata, keputusan Donald Trump amat menyeksa dan menyakiti perasaan umat Muslim sedunia, bukan hanya di Indonesia.

“Ini kerana Al-Quds merupakan masjid ketiga paling penting generasi umat Islam, jadi saya rasa ini bentuk perpaduan kita sebagai umat Muslim untuk membela Palestin,” katanya.

Seorang lagi penunjuk perasaan, Ferry pula menekankan bahawa kemerdekaan itu adalah hak segala bangsa.

“Jadi sekarang tindakam Israel sudah kita tahu bahawa hak Palestin itu adalah hak bagi warga-warga Palestin iaitu Baitulmaqdis,” katanya.

Mereka yang hadir demonstrasi mengibarkan bendera Indonesia dan Palestin dan menggesa Trump menarik balik kenyataannya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts