Sultan Brunei gesa ajaran Islam diperkukuhkan

 

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menyeru ajaran Islam di negara itu diperkukuhkan sebaik saja undang-undang syariah mulai berkuasa kuasa.

“Beta mahu melihat ajaran Islam di negara ini semakin kukuh,” kata Sultan ketika berucap sempena sambutan Maal Hijrah di sini.

Bagaimanapun, ketika berucap baginda tidak menyentuh mengenai undang-undang baharu itu atau ia sudah mula berkuat kuasa seperti yang dinanti-nantikan.

Terdahulu kerajaan mengumumkan undang-undang syariah itu bakal berkuat kuasa sepenuhnya hari ini.

Sultan yang menduduki takhta kerajaan negara yang kaya dengan hasil minyak di pulau Borneo selama 51 tahun itu berkata, Brunei adalah sebuah negara yang ‘adil dan tenteram’ walaupun negara itu mendapat kecaman berhubung undang-undang syariah itu.

“Sesiapa yang datang untuk melawat negara ini akan merasai pengalaman yang manis dan menikmati suasana selamat dan harmoni,” kata baginda ketika berucap di pusat konvensyen, di sini. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts