Kita baca Al-Quran, atau Al-Quran yang sedang membaca kita?

 

GOLONGAN pertama adalah golongan yang melihat dalam dimensi sebab dan musabbab. Dirinya terikat (atau cenderung untuk menilai) dalam kanun bahawa setiap perkara ada sebab dan musabbabnya.

Penerangannya jelas kerana inilah yang biasa kita lalui sehari-harian.

Golongan kedua pula adalah golongan yang melihat dengan pandangan ‘kemahuan Allah’ yang mengatasi segalanya. Kemahuan Allah dan ketentuan-Nya yang mengatasi segala tembok keinginan dan asbab musabbab yang terpenjara segala material di dalamnya.

Penerangannya adalah, Al-Quran merupakan kesimpulan kepada risalah kewujudan ini. Segala intipatinya sedang membicarakan mengenai kewujudan ini, bermula daripada asal penciptaan hinggalah kepada hari kiamat dan pertemuan hamba dengan Tuhan.

Jadi seorang yang melihat dalam kacamata kewujudan ini, akan melihat bahawa apa yang dilalui sehari-hari, hanyalah penjelasan atau penafsiran terhadap kesimpulan alam ini, iaitu Al-Quran.

Oleh itu, segala tindak tanduknya dan perbuatannya, adalah dalam kerangka mengisi ruang-ruang ‘makna’ Al-Quran yang jelas dan tersembunyi.

Dengan demikian dia akan fahami bahawa kitaran hidupnya atau kewujudan ini keseluruhannya, adalah seputar manifestasi makna dan intipati Al-Quran dalam ruang lingkup masa yang sedang berjalan, dan tempat yang ada.

“Sesungguhnya ini adalah peringatan. Barangsiapa yang menghendakinya, hendaklah dia mencari jalan menuju Tuhannya.

Bahkan (hakikatnya) kamu tidak mampu menghendaki melainkan apabila ia itulah yang Allah kehendaki, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dialah yang memasukkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki ke dalam rahmat-Nya. Adapun bagi orang-orang yang zalim, telah disediakan untuk mereka azab yang pedih” – 3 ayat terakhir Surah Al-Insan

Moga Allah menjadikan Al-Quran itu taman bunga di hati kita.

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts