Kuwait gesa OIC tangani sentimen antimuslim di India

 

BANDAR KUWAIT – Kuwait menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menangani sentimen antimuslim yang semakin meningkat di India.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Sekretariat Umum Majlis Menteri Kuwait menyatakan keprihatinan mendalamnya terhadap Islamofobia di negara majoriti Hindu itu, yang kini diperintah di bawah BJP yang berhaluan kanan dan mendesak OIC untuk mengambil langkah-langkah yang perlu serta mendesak.

Ahad lalu, Menteri di Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait, Abdullah Al-Shoreka mengecam penganiayaan umat Islam di India.

“Adakah mereka yang melakukan jenayah kemanusiaan terhadap umat Islam di India dan melanggar hak mereka berpendapat bahawa umat Islam di dunia akan berdiam diri mengenai jenayah ini dan tidak akan mengambil tindakan terhadap politik, undang-undang dan ekonomi mereka?,” soalnya.

Ucapan tersebut senada dengan pendirian Puteri Emirat Hend Al-Qassimi yang minggu lalu memberi amaran bahawa, komen Islamofobia yang dibuat di media sosial oleh seorang ekspatriat India yang tinggal di UAE tidak akan ditolak ansur.

Pada bulan Februari lalu, ibu kota India, New Delhi menyaksikan rusuhan dan serangan massa antimuslim oleh nasionalis Hindu yang menyebabkan berpuluh-puluh kematian kebanyakannya orang Islam, yang juga melibatkan pembakaran serta rampasan perniagaan milik orang Islam dan pencerobohan beberapa rumah milik orang Islam.

Menurut The Guardian, keganasan itu adalah ekoran berlakunya kontroversi Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA), retorik berbahaya yang digunakan oleh BJP dan pemimpinnya dan pembatalan status istimewa Kashmir, satu-satunya negara yang majoriti muslim di India. 

Umat Islam di India juga menjadi subjek teori konspirasi yang beredar di negara itu, bahawa mereka adalah penyebab wabak coronavirus. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts
Read More

Persiapan bertemu Ramadan

  TATKALA kehadiran tetamu, bagaimana persiapan kita menyambutnya? Apa lagi jika tetamu tersebut merupakan tetamu istimewa. Semestinya bermacam-macam…