Pertandingan bina badan patuh syariah di Kelantan, pertama seumpamanya di dunia

Pertandingan bina badan patuh syariah, Mr Awang Selamat yang dianjurkan kerajaan negeri Kelantan mensyaratkan semua peserta perlu menutup aurat seperti disyariatkan Islam.

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, pertandingan itu akan menampilkan ahli bina badan profesional.

Selain itu turut melibatkan peserta-peserta baharu dan amatur. Ia akan berlangsung pada 16 hingga 18 Jun ini sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan.

“Setakat ini lebih 40 peserta mendaftar bagi mengambil bahagian pada program itu, di mana kebanyakannya melibatkan wakil jabatan dan agensi kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Kelantan menganjurkan pertandingan bina badan patuh syariah sejak 2018 bagi memberi peluang peminat sukan terbabit beraksi.

Wan Roslan juga berkata, hadiah utama yang ditawarkan ialah RM1,000 bersama medal dan keris.

EXCO Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat. 

Hukum dan syarat dibolehkan bina badan

Berbicara mengenai hukum bina badan di GYM atau bermain sendiri pula, ada yang mengatakan ia seolah mengubah ciptaan ALLAH SWT?

Islamituindah.com di laman webnya menjelaskan, pertama sekali kita kena faham, mengubah ciptaan ALLAH ini adalah haram apabila adanya nas yang sahih.

“Contohnya, ALLAH melaknat perempuan mencukur bulu kening dan membuat bulu kening palsu. Tidak disebut mengenai bina badan. Oleh itu, kita kena berpandukan pandangan ulama-ulama mujtahid.

“Yang pertama sekali adalah harus hukumnya apabila dia hendak membesarkan badannya supaya tidak nampak kurus dan lemah. Perkara ini lebih-lebih lagi apabila tentera Islam ingin berhadapan dengan musuh.

“Hal ini boleh menampakkan kekuatan sesebuah pasukan tentera Islam serta menggerunkan pihak musuh. Jika hanya kurus kering, sudah pasti musuh akan memandang rendah terhadap tentera-tentera Islam,” jelas laman berkenaan.

Antara syarat-syarat yang diharuskan untuk bina badan adalah:

1) Jika menggunakan ubat, tidak menggunakan ubat yang dilarang di dalam Islam.

2) Wajib menutup aurat.

3) Menyebut tentang penggunaan ubat, haruslah seseorang itu mengambil ubat atau supliment yang halal dan tidak memudaratkan badan manusia. Terdapat banyak supliment atau makanan tambahan di pasaran untuk ahli gym mengandungi kandungan-kandungan yang tidak halal.

4) Seseorang yang ingin membina badan juga seharusnya tidak mencampurkan sesuatu unsur lain di dalam tubuh badan. Sebagai contoh terdapat beberapa kaedah untuk mempercepatkan pembesaran otot seperti menyuntik steroid. Hal ini akan menyebabkan seseorang bermain gym menjadi haram.

5) Selain itu, menampakkan tubuh berketul-ketul sehingga melampaui batas, contohnya jika dilihat dari belakang sudah tidak nampak seperti manusia, ada ulama mengatakan haram kerana melampaui batas.

6) Apabila badan sudah besar dan berketul, jangan angkuh dan sombong. Bimbang menjadi dosa pula kepada kita kerana menunjuk-nunjuk dan nikmat sementara itu diambil kembali oleh ALLAH SWT. – Sinar Islam Plus

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts