Panjang umur dan diberkati Allah

  1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan bahawa beruntunglah orang yang diberikan anugerah dengan usia yang panjang sedang dia teguh mengabdikan diri kepada Allah. Sabda Rasulullah:

طُوبَى لِمَنْ طَالَ عُمْرُهُ، وَحَسُنَ عَمَلُهُ

“Beruntunglah bagi mereka yang dipanjangkan usianya dan (semakin) baik amalannya. (Sunan al-Baihaqi, dinilai Sahih oleh al-Albani)

  1. Bahkan Rasulullah membezakan dua lelaki yang panjang umur tetapi tidak digunakan kelebihan usianya dengan amalan yang baik. Perkara ini direkodkan ketika Rasulullah ditanya oleh seorang lelaki. Kata lelaki itu:

يَا رَسُولَ اللَّهِ! أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ؟ قَالَ: “مَنْ طَالَ عُمُرُهُ، وَحَسُنَ عَمَلُهُ” قَالَ: “فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ؟” قَالَ: “مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ”

“Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Rasulullah lalu menjawab: Mereka yang dipanjangkan umur dan (semakin) baik amal (soleh) mereka. Lalu lelaki itu bertanya lagi: Siapa pula manusia yang teruk? Rasulullah menjawab: Mereka yang dipanjangkan usianya, (tetapi semakin) buruk amalan mereka. (Sunan al-Tirmizi, dinilai Hasan Sahih)

  1. Atas dasar itu Saidina Ali lebih menyukai lelaki yang mati setelah usia yang panjang yang digunakan untuk mengenali Tuhannya berbanding kanak-kanak yang meninggal kecil walaupun akan masuk ke syurga tanpa hisab. Kata Saidina Ali:

مَوْتُ الإِنْسَانِ بَعْدَ أَنْ كَبِرَ وَعَرَفَ رَبَّهُ خَيْرٌ مِنْ مَوْتِهِ طِفْلا بِلا حِسَابٍ فِي الآخِرَةِ

“Kematian manusia setelah panjang usianya dalam keadaan dia mengenal Tuhannya adalah lebih baik daripada kematian kanak-kanak kecil walaupun (akan ke syurga) tanpa hisab di akhirat kelak.” (disebutkan oleh al-Imam al-Tibi)

  1. Ini menunjukkan, usia yang panjang mestilah digunakan sebaiknya untuk mengenal Allah dan mengabdikan diri kepadanya. Janganlah sia-siakan masa yang diberikan dengan perkara yang tidak disukai Allah. Kita bimbang akan tergolong dalam golongan yang disebutkan dalam hadis di atas, iaitu mereka yang dikurniakan usia yang panjang tetapi semakin rosak amalan kita.

Allah masih sayang kita. Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
9
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts