Lagi serangan ke atas Gaza

BAITULMAQDIS – Negara pengganas Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza hari ini.

Tentera rejim Zionis berkata, pihaknya menyerang sasaran milik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang memerintah Gaza.

Tidak ada laporan mengenai korban jiwa dalam serangan berkenaan.

Tentera Israel mendakwa, serangan pada Ahad sebagai tindak balas tembakan roket Palestin ke wilayahnya.

Ketegangan antara Israel dan Palestin meningkat sejak seminggu lalu, selepas enam warga Palestin melarikan diri dari penjara di utara Israel hari ini menerusi terowong yang dikorek di bawah sinki.

Bagaimanapun polis Israel semalam mengesahkan empat daripada enam warga Palestin yang berjaya meloloskan diri daripada penjara keselamatan tinggi, Gilboa ditahan pihak berkuasa itu. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts