Laporan Jerman dakwa China makin teruk tindas Uyghur

 

BERLIN – Keadaan di rantau Xinjiang bertambah teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, apabila etnik minoriti Islam Uyghur berterusan ditindas rejim komunis China.

Perkara berkenaan didedahkan kepada para pengamal media menerusi dokumen sulit  Kementerian Luar Negeri Jerman.

Menurut laporan itu, penindasan dan diskriminasi di China kian meningkat dan membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila rejim China menyasarkan etnik Uyghur sejak akhir tahun 2016.

Sejak itu, kerajaan Jerman lebih berwaspada untuk mengeluarkan sebarang kenyataan mengutuk kem tahanan di China.

Jerman juga telah membangunkan rangkaian perniagaan gergasi di Xinjiang seperti Siemens, Volkswagen (VW) dan kilang kimia BASF SE.

Laporan itu yang juga diklasifikasikan untuk mempertahankan hak asasi manusia telah disusun oleh Kementerian Luar Negeri pada Disember 2019, selain menjadi dokumen rujukan untuk Pejabat Migrasi dan Pelarian Pejabat Persekutuan Jerman, yang menuntut hak suaka.

Maklumat yang terdapat di dalam laporan berkenaan didapati daripada organisasi hak asasi manusia, peguam, kedutaan Barat dan organisasi antarabangsa.

 

 

Uyghur adalah etnik minoriti berbahasa Turki dan beragama Islam yang tinggal di Xinjiang, di barat daya China.

Kementerian Luar Negeri Jerman berkata, lebih daripada sejuta daripada 10 juta penduduk Uyghur di Xinjiang tidak dapat dikesan dan meninggal dunia ketika berada di kem tahanan yang dibina sejak akhir tahun 2016.

Laporan itu juga menyatakan bahawa terdapat laporan penganiayaan, keganasan seksual dan kematian di kem-kem tahanan.

Etnik Uyghur yang berada di luar negara diletakkan di bawah pengawasan yang lebih tinggi, malah mereka akan disoal siasat sekiranya mempunyai hubungan dengan penduduk di luar negara itu.

Selain itu, laporan Kementerian Luar Negeri Jerman itu juga mendakwa bahawa kerajaan Beijing menggesa kerajaan Malaysia, Mesir, Kazakhstan, Pakistan dan Thailand untuk membawa semula etnik Uyghur kembali ke China.

Bagaimanapun, tiada maklumat tepat mengenai lokasi etnik Uyghur yang tinggal di luar negara. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts