Letupan di pasar Gaza ragut 1 nyawa, puluhan lagi cedera

 

GAZA– Seorang maut manakala 10 yang lain cedera apabila berlaku letupan di sebuah pasar sehingga menggegarkan Bandar Gaza.

Warga Palestin yang terbunuh dalam letupan itu dikenal pasti oleh penduduk bandar sebagai Atta Saqallah.

Sebilangan mangsa yang cedera parah akibat insiden letupan di pasar Zawiya hari ini dibawa ke Hospital Shifa untuk mendapatkan rawatan.

Kementerian Dalam Negeri dikendalikan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin – Hamas – berkata, letupan berlaku di sebuah rumah bertingkat di pasar Zawiya, menyebabkan bangunan runtuh.

Bahkan rumah dan kedai yang berdekatan juga mengalami kerosakan.

Jurucakap kementerian, Iyad al-Buzum berkata, pasukan polis, pertahanan awam dan ambulans telah digerakkan ke kawasan kejadian.

Punca letupan belum jelas dan pihak berkuasa tempatan telah membuka siasatan berhubung keadaan itu.

Pasukan pertahanan awam dalam satu kenyataan berkata, kebakaran berlaku di sebuah kedai pengedar gas di bawah bangunan tiga tingkat.

Video daripada lokasi kejadian yang disiarkan di media sosial menunjukkan kepulan asap hitam tebal serta kerosakan besar yang berlaku pada struktur berdekatan. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts