Liga Arab ikrar iktiraf Baitulmaqdis milik Palestin

 

AMMAN – Negara-negara anggota Liga Arab berikrar akan mendapatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

Menteri Luar Negeri Jordan, Ayman Safadi membuat pengumuman itu susulan satu pertemuan yang dihadiri rakan sejawatnya di Mesir, Arab Saudi, Maghribi, Palestin dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di ibu negara Jordan, di sini semalam.

“Jika wujud keputusan politik mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, kami juga akan berusaha mencapai keputusan politik antarabangsa untuk mengisytihar negara Palestin…dengan timur Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

“Kita akan berhadapan dengan keputusan itu menerusi resolusi PBB, sebuah negara antarabangsa, untuk mengiktiraf negara Palestin pada 1967 bersempadan dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya,” kata Safadi.

Beliau turut menegaskan bahawa Baitulmaqdis adalah wilayah yang diduduki berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Sementara itu, Ketua Liga Arab, Ahmed Abul Gheit berkata, satu mesyuarat susulan diantara semua menteri luar organisasi itu berhubung isu tersebut akan diadakan pada akhir bulan ini.

6 Disember lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, termasuk memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke wilayah itu.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan umat Islam di Palestin dan antarabangsa sehingga mencetuskan bantahan di wilayah Palestin yang diduduki, Iran, Turki, Mesir, Jordan, Tunisia, Iraq serta negara Islam lain. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts