Madinah bandar paling sihat di dunia

 

JEDDAH – Kota Madinah di Arab Saudi telah diperakui sebagai sebuah bandar paling sihat di dunia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bandar kedua paling suci orang Islam selepas Makkah itu mendapat pentauliahan tersebut selepas lawatan oleh pasukan agensi PBB itu mendapati ia memenuhi standard global untuk menjadi sebuah kota yang sihat.

Susulan itu, Madinah yang menempatkan Masjid Nabawi dan mempunyai populasi lebih dua juta penduduk itu merupakan bandar pertama yang diiktiraf di bawah program WHO tersebut.

Difahamkan, sebanyak 22 kerajaan, komuniti, badan amal dan sukarelawan membatu mempersiapkan pertauliahan itu.

Selain itu, program bersepadu merangkumi perkongsian strategik dengan Universiti Taibah juga dijalankan untuk merekodkan data diperlukan pemerintah pada platform elektronik untuk kajian WHO.

WHO turut menyarankan supaya universiti terbabit menyediakan latihan kepada agensi bandar kebangsaan lain yang mungkin berminat untuk mengambil bahagian dalam program bandar sihat tersebut.

Menurut agensi kesihatan antarabangsa itu, bandar yang sihat adalah sebuah kota yang membangunkan dan memperbaiki lingkungan fizikal serta persekitaran sosial dan memperluas sumber komuniti secara berterusan.

Ia bagi membolehkan individu saling menyokong antara satu sama lain dalam melaksanakan kesemua fungsi kehidupan untuk dikembangkan kepada potensi maksimum mereka. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts